Versi 5 : Berpindah?
Salamun Alaikum...Benar. Laman ini masih hidup. Tapi hidupnya malas, mati tak mboh. Tumpuan saya bukan lagi pada blog ini. Saya lebih tumpukan hidup pada kehidupan. :) Pun begitu, saya tidak berhasrat untuk membunuh langsung minat yang saya pupuk sejak tahun 2002 ini. Ya, 2002, saya telah mula blogging. Saya antara 200 orang yang terawal menjadi ahli GengJurnal. Zaman itu blogging belum menjadi trend yang terlalu meluas sekarang. Blog-blogpun masih baru dan masih tahap budak sekolah dari sudut persembahannya. Tapi sekarang, saya sendiripun tak terkejar. Dengan pelbagai widgets dan add-ons,...
Kini, Dan Akan Datang
Salam
Sebenarnya banyak perkara yang saya mahu tulis. Saya telah merangka satu entri sejak sebulan lalu. Tapi tak pernah tertuang di depan komputer mahupun di dalam blog. Kadangkala saja teringat mahu tulis, tapi selepas duduk di depan komputer, segalanya hilang entah ke mana...
Undi & PRU 12
Saya tidak mendaftar mengundi. Mengapa? Saya lebih senang untuk tidak mendaftar mengundi kerana :
1) Saya tidak mahu undi saya disalahgunakan oleh pihak tak ada tanggungjawab dan tak amanah menjalankan tugas, kerana saya dikira sebagai pengundi tidak hadir sebab di luar negara. Sebarang undi pos...
Ini Bukan Sajak II
MASIHKAH KAU SAYANG PADAKU?Derap langkahku yang sumbang (Toha : 124)Tersepak nafsu lalu tumbang (Al-Furqan : 25)Tersungkur lesu menuju ambang....Mautkah yang menjemputku? (Al-A'raf : 34)Masihkah Kau sayang padaku?Setelah tubuh dikencing syaitanku (Al-Baqarah : 14)Setelah akal diinjak beku (Al-A'raf : 179)Yang mana maha dalam atmaku...Kau atau syaitan membelenggu? (Al-An'am : 125)Pada janji manis yang tertabur setiap pertemuan yang didesak akur (Luqman : 32) Pada lafaz taubat bersyarat (Al-An'Am : 63-64)Siapa aku mahu mengikat syarat,pada Raja segala raja dunia akhirat? (Ghafir : 16)Masihkah...
Perpustakaan Digital
Perpustakaan Mini/Digital[Entri ini sebagai menyambut lontaran idea sahabat saya Sdr. Mohd Zaki M Noor di blog beliau sempena Maarad Kutub Duali(Pesta Buku Antarabangsa) di Mesir dan juga sempena ahli rumah yang akan ke Abdali esok pagi memborong buku-buku..(dengan perasaan cemburu saya di hati) ] Hari Ahad yang lepas, saya ke jamiah untuk tasjil mawad yang masih berbaki...Insya-Allah, semester ini saya akan habiskan 6 mawad lagi. Begitulah, 2-3 tahun belakangan ini keadaan kesihatan saya kurang memuaskan. Saya terpaksa withdraw atau tangguhkan beberapa semester kerana selalu migrain,...