Dalam berpantang
Genap 10 hari Kasih dilahirkan, cukup membuat hati ayah dan ibu riang gembira setiap hari. Setiap pagi, hidup kami diceriakan dengan kenakalan Kasih semasa mandi, tukar lampin ataupun menyusu. Seronok tidak terkata.
Alhamdulillah selepas check-up di Klinik Pediatrik HKL semalam, Kasih tidak perlu menjalani rawatan di wad. Doktor kata penyakit kuning yang Kasih hadapi tidak begitu serius. Syukur...
Dan seperti biasa, ayah tak henti-henti ambil gambar kasih...
Enjoys...
Semakin hari Kasih semakin besar. Minggu pertama Kasih dah pandai tersenyum/tersengih walaupun dalam tidur. ...
Minggu Pertama Pantang
Hi Kasih,
Hari ni masuk hari ke-5 kelahiran Kasih dan hari ke-5 jugalah ibu sedang berpantang. Sepanjang tempoh berpantang ni, ibu akan berada di rumah nekma, ibu kepada ibu. Ayah pun akan berulang alik dari rumah di Kota Damansara ke Gombak. Nasib baik ayah ambik cuti awal-awal.
Dalam lima hari ni, Kasih tak banyak kerenah kecuali bila pampers dah berat dengan khazanah dan masa nak tukar baju. Lain-lain masa, Kasih "perfect like an angel". Huhu... seronok hati ayah.
Tapi lawatan nurse klinik kesihatan ke rumah yang memantau keadaan ibu dan Kasih merisaukan ayah sedikit. Kata nurse...
WELCOME TO THE WORLD
Sayang,
Hari ini, tepat pada pukul 12.02 tengahari, lahirlah cahaya mata ayah dan ibu yang bernama KASIH NOR ARIANA. Setelah 9 bulan ibu mengendong sayang ke sana ke mari, setelah setiap malam ayah mendodoi sayang melalui perut ibu, akhirnya zahirlah sayang di dunia ini, bertemu ayah dan ibu buat pertama kali.
Banyak juga episod yang ayah dan ibu lalui sepanjang tiga hari sebelum sayang lahir. Ikuti saat-saat cemas ni...
Jumaat 11 Disember 2009
Ini ialah hari terakhir ayah bekerja sebelum bercuti selama tiga minggu. Memang ayah ambil cuti panjang supaya dapat bersama ibu sepanjang...
Minggu depan?
Dear sayang,
Hari ni menandakan tepat seminggu je lagi ibu sayang due untuk melahirkan sayang ke dunia. Nak tau camne perasaan ayah dan ibu? Huuu... tak terkata... Rasa tak sabar, gementar, seronok... semua bercampur baur. Sayang pun semakin menolak-nolak dalam perut ibu. Tak sabar nak keluar yea? Hmmm... takpe. Ayah dan ibu akan menanti dengan penuh sabar kedatangan sayang yang akan membuat perubahan besar dalam hidup kami.
Cakap pasal perubahan, ayah baru dapat berita dari bos ayah di ofis yang ayah akan berubah unit. Dari buat program Malaysia Hari Ini, ayah akan ke program baru,...